Sunday, January 18, 2009

New Book


KADAZANDUSUN DI SABAH:
PENDIDIKAN DAN PROSES PEMODENAN 1881-1967

Penulis: Dayu Sansalu, PhD
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
No. KK: 305 208915101
No. ISBN: 9789836299833
Tahun Terbitan: 2008
Harga Buku: RM65.00


Buku Kadazandusun di Sabah ini memaparkan perkembangan pendidikan sebelum dan selepas kedatangan pengaruh Barat dan kesannya terhadap pemodenan masyarakat Kadazandusun di Sabah antara tahun 1881-1967. Buku ini juga membincangkan perkembangan pendidikan yang mengakibatkan perubahan cara hidup tradisional masyarakat Kadazandusun dari segi sosial, ekonomi dan politik. Pembaca buku ini pastinya mendapat gambaran keadaan masyarakat Kadazandusun pada zaman tradisional, zaman pemerintahan kesultanan Brunei dan Sulu, zaman Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) dan zaman penjajah serta selepas merdeka menerusi Malaysia hingga tahun 1976. Buku ini diharapkan dapat menjadi rujukan para penyelidik, pendidik, pelajar Institut Pengajian Tinggi dan pembaca umum yang ingin mendapatkan pengetahuan mengenai Kadazandusun di Sabah.

Dapatkan daripada:
Borneo Resources Network Sdn Bhd
Tel: 016-8325071

1 comment:

Kuldeep Singh said...

iso consultants bangalore: Regal Certification is one of the leading business management consulting organizations offering business management consulting services to organizations of all nature and size.